Dua kali abe Sensasi Selebriti - Budiey.com jemput saya untuk berkongsi. Kali pertama saya tolak sebab tak rasa untuk terus bercerita lagi dan lagi mengenai pengalaman depresi yang saya alami. Kebetulan juga waktu itu saya di kampung saya di Pekan, Pahang.
Minggu lepas sekali lagi Budiey Isma mempelawa dan alhamdulillah Allah SWT buka hati saya tanpa perlu ambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Kali ini saya rasa sangat perlu untuk berkongsi secara lisan dengan hanya satu niat, supaya sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa sahaja yang mungkin tidak menyedari masalah ini, yang sedang bertarung serta untuk memberi kesedaran kepada komuniti apa sebenarnya yang kami rasai sebagai seorang yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Subscribe youtube Budiey untuk menonton atau stream di saluran Spotify Budiey tepat jam 9:30 malam ini. Tolonglah luangkan sedikit masa anda untuk memahami apa yang saya kongsikan itu. Kita tak tau hari ini mungkin hari kami perlu berjuang, esok lusa sesiapa pun boleh jadi mangsa. Paling penting, kita kena faham ini bukan perkara main-main. Semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat. Amin.
https://youtu.be/lcQNfV1bNkw